Thursday, May 3, 2018

LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH WAHIDA A. RAHMAN (ALONG)

Pada 1 May 2018, wakil Ghajmas (Tn Penasihat) telah hadir melawat Pn. Wahida (Along) yang menderita penyakit Kanser Payudara Tahap 4. Beliau ialah seorang penyanyi yang versatile dan bakatnya dalam nyanyian memang tidak perlu dipersoalkan. Ini kerana beliau boleh menyanyi dalam apa jua genre muzik misalnya ghazal, asli, keroncong dan moden. Pernah juga beliau diimport menyanyi dalam Kumpulan Seri Melati Ghazal, JB. 
Bapa saudaranya ialah seorang vokalis rockers terkenal iaitu Ayai (Illusi), jadi tidak hairanlah kerjaya beliau sebagai penyanyi serba boleh di Yayasan Warisan Johor. Bapanya juga seorang penyanyi lagu-lagu asli dan ghazal yang juga dikenali A. Rahman Kamarudin. Semoga Along tabah dan dipermudahkan segala urusan dari Allah. Amin!

Bersama Along Wahida (tengah)
Bersama A. Rahman Kamarudin



No comments:

Post a Comment