Thursday, May 3, 2018

LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH EN. ABD RAHMAN IBRAHIM

Pada 22 Februari 2018 ,wakil Ghajmas (Tn Penasihat) telah hadir melawat rakan seperjuangannya En. Abd Rahman Ibrahim (Man Misai) yang semakin uzur semenjak menderita sakit dalam perut dan batu karang di Johor Bahru. Beliau merupakan seorang penggiat seni Ghazal Melayu Johor dan juga bekas anggota Kumpulan Seri Melati Ghazal sebagai penyanyi dan pemain tabla sebelum beliau bekerja di Yayasan Warisan Johor sehingga pencen. Alhamdulillah beliau dikurniakan anak-anak yang sangat baik dan bertanggungjawab. Didoakan semoga beliau segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan dari Allah. Amin!

2 sahabat seperjuangan
Ceria!
Kenangan semasa dalam Kumpulan Seri Melati, Johor Bahru

Family of ghazal
Bersama anak-anak Man Misai yang solehah

No comments:

Post a Comment