LATIHAN GHAZAL DARI RUMAH KE RUMAH
Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan semua, di zaman era 70- 90 an, berlatih muzik dari sebuah rumah ke sebuah rumah sudah menjadi tradisi kumpulan-kumpulan Ghazal Melayu Johor. Bahkan sejak dari zaman Pak Lomak (Bapa Ghazal Johor) lagi sudah wujud tradisi sebegini. Kalau tidak di rumah ahli kumpulan pun, kebiasaannya di rumah Ketua Kumpulan mereka sendiri. Ikatan sillaturahim dan kemesraan inilah yang menjadi keistimewaan pemuzik-pemuzik ghazal disamping keikhlasan mereka dalam memperjuangkan irama muzik tradisi mereka ini.
Dan tradisi yang pupus inilah kami cuba bangkitkan dalam persatuan Ghajmas. Latihan ghazal akan diadakan setiap 2 minggu (mengikut majoriti kehadiran) di rumah ahli-ahli Ghajmas. Selain dapat merapatkan sillaturahim, ianya juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang cara-cara bermain dan menyanyikan lagu ghazal yang sememangnya hampir beku dan pupus di telan arus muzik masakini.
LATIHAN GHAZAL DI RUMAH PENGERUSI (DR. MANTABLA)
~ 3/8/2017 Bandar Tasik Puteri, Rawang
 |
Ahli khusyuk mencari lagu ghazal. |
 |
Gambus-Rojer & Machi, Tabla-Auni, Harmonium-Dr. Mantabla, Violin-Nabil. |
 |
Faiz Peper sedang menuntut ilmu bermain tabla dengan Rojer. |
 |
Apalah yang menggelikan hati mereka. |
 |
Peace! |
 |
Auni Faqihah~ Diantara ahli Ghajmas yang berbakat besar. |
 |
Kebetulan hari yang kami berlatih ghazal ialah harijadi Tuan Pengerusi (Tuan Rumah) yang ke 33 tahun. Menjadi akhirnya kejutan birthday yang kami rancangkan. Ianya meriah walaupun hanya sekadar kecil-kecilan. Muka terkejut dapat kek. |
LATIHAN GHAZAL DI RUMAH SYAZWAN (DANNY)
~ 11/9/2017 Kampung Paya Jaras,Sungai Buloh
Kali ini kami berlatih ghazal di rumah Syazwan Junaidi di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh. Nasib kami memang baik kerana kebetulan ketika ini Tuan Penasihat (Pak Karim) dan isteri (Mak Munah) turut hadir bagi berkongsi ilmu-ilmu tentang Ghazal Melayu Johor. Pak Karim dan isterinya dari Kumpulan Seri Melati Ghazal, Johor Bahru adalah penggiat seni ghazal johor yang legend/otai sejak dari kumpulan mereka ditubuhkan 1969 sehingga sekarang. Mereka masih bergiat aktif dalam ghazal walaupun kesemua ahli kumpulan mereka telah tiada kerana pergi menghadap Illahi. Al-Fatihah untuk para pejuang ghazal terdahulu.
 |
Sebahagian keluarga Ghajmas yang hadir. |
 |
Pak Karim, Mak Munah, Dr. Mantabla dan Rojer. |
 |
Masing-masing seronok berlatih. |
 |
Alisa sedang menyanyikan lagu Seri Mersing. |
 |
Khusyuk! |
 |
Serius. |
 |
Semangat! |
 |
Tuan rumah (Danny) sedang mendendangkan lagu ghazal. |
 |
Dengan senjata masing-masing. |
 |
Ieqa, Isteri Azizzul Haqim turut bersemangat menyanyikan lagu ghazal. |
 |
Zarina sedang menyanyikan lagu ghazal. |
 |
Irama Ghazal Melayu Johor. |
 |
Style kaki Pak Karim ketika bermain harmonium memang dahsyat. |
 |
Peti Harmonium. |
 |
Rojer bermain tabla sambil bersahaja. |
 |
Terciptalah kenangan manis. |
 |
Yeahhh!!
Dibawah ini ada video-video semasa latihan ghazal. Semoga bermanfaat! |
Seri Mersing dari 8 gaya penyanyi yang berbeza. (PENUTUP)
LAGU MAK NEK DARI DANNY
No comments:
Post a Comment