Monday, February 19, 2018

GEMA GHAZAL di PESTA RAYA 2017 ESPLANADE SINGAPURA

Alhamdulillah! Ghajmas berjaya menarik perhatian pihak Esplanade, Singapura untuk membuat persembahan di acara tahunan Pesta Raya pada tahun ini. Kami amat berbesar hati dan terharu dengan kesungguhan dari pihak mereka, bak kata pepatah "Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan". 

Pada 20/7/2017, kami berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan menaiki sebuah van MPV Starex dan muatan seramai 9 orang. Kami tiba di tempat penginapan Hotel Peninsula Excelsior jam 1.30 tengahari. Setelah selesai check in hotel, kami terus menuju ke stage indoor untuk membuat soundcheck. Kemudian, jam 7.15 malam, kami sudah pun standby di Esplanade Concourse. Untuk malam pertama, kami membuat persembahan di Esplanade Concourse sebanyak 3 set dan setiap set lebih kurang dalam setengah jam persembahan. Penontonnya memang sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan mereka sangat sporting. Mari nikmati sebentar gambar-gambar dan video-video untuk persembahan pada malam yang pertama ini.





Poster Gema Ghazal by Ghajmas.
Dalam perjalanan ke Singapura.

Lapar benar bro2 kita ni..hehe..
Ready!!
Sedang beraksi.
Persembahan malam pertama di Esplanade Concourse.
Totoi pemain gitar 2 dan Faiz Peper pemain rebana dan perkusi.
Bob Wahid pemain gitar 1.
Nain pemain harmonium, Izmer pemain violin,
Rojer pemain gambus/penyanyi dan Zuraidah@Kajol penyanyi wanita.
Pasangan suami isteri.
Dr. Mantabla pemain tabla dan marwas.
Totoi sedang khusyuk memetik gitar.
Machi pemain bass.
Bob membantu untuk berkopak marwas.
Selesai persembahan malam pertama.
Gema Ghazal by Ghajmas.
Bersama orang-orang kuat Nadi Singapura.

 Pada keesokan harinya, kami memulakan soundcheck dan jam 3 petang di Esplanade Outdoor Theatre. kali ni kami membuat persembahan outdoor. Duration persembahan masih lagi seperti semalam sebanyak 3 set. Memang agak menggerunkan dan sedikit nervous kerana jumlah penonton yang sangat ramai, lebih-lebih lagi dengan kehadiran artis singapura seperti Rahimah Rahim dan Yusnor Eff. Tetapi alhamdulillah persembahan malam kedua ini lebih happening dari malam semalam. At the finale, penonton Singapura yang sememangnya sporting ini siap naik atas stage dan berjoget bersama-sama. Pengalaman ini akan menjadi kenangan manis bagi kami.  Syukur kepada Allah kerana berjaya membuat mereka semua terhibur. Jom, kita nikmati gambar-gambar dan video-video di persembahan malam kedua pula.

Ceria walaupun kepenatan.
Faiz Peper dan rebana.
Set up perlahan-lahan.
Soundcheck.
Smile!
Bersama si cantik urusetia Esplanade Cik Erni yang sangat bertanggungjawab. 
                               
                                          Sedikit video Laksamana Raja di Laut nyanyian Rojer.

Persembahan malam kedua.
Penonton yang meriah.
Bersama artis veteran Singapura Yusnor Eff dan Kak Rusedah dari Perkamus.
Sedang mencari mangsa untuk berjoget bersama-sama.
Wah, rancak menari.. Ewaahh!!
Bersama Yusnor Eff, Rahimah Rahim dan rakan media Singapura.
Pandangan dari hadapan penonton.

  Ada yang belum ready lah..
                                  Penonton-penonton yang sangat sporting menari bersama-sama.

Alhamdulillah, selesai!
Terima Kasih Esplanade Singapura!!!

No comments:

Post a Comment