Monday, February 19, 2018

LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH PENASIHAT GHAJMAS

(Tok Ismail Lassim) atau nama penuhnya Hj. Ismail bin Mohd Lassim adalah Penasihat / Adiguru 1 Ghajmas. Beliau juga penggiat seni ghazal melayu johor bersama kumpulannya Seri Kenangan Ghazal, Batu Pahat (pemimpin) dan juga seorang pesara Kumpulan Seni Persembahan Petronas/(PPAG). Dikhabarkan beliau sedang uzur sejak menjalani operasi saluran air kencing dan kedua-dua belah mata. Beliau kini tinggal di Flat Sri Kedah Blok 27 Gombak, Kuala Lumpur. Jika sesiapa berniat ingin membantu beliau, boleh melawat beliau di kediamannya atau transfer infaq anda di nombor akaun beliau sendiri iaitu CIMB Bank 12160035344522. Semoga Allah jua yang membalas segala kebaikan kita semua. Semoga Tok Ismail segera sembuh dari penyakit. Amin!

Kenangan Tok Ismail (harmonium) bersama Raja Gambus Fadzil Ahmad dan Norehan Saif.
Zaman kegemilangan beliau. 
Uzur.
Semoga cepat sihat seperti sediakala.
Rojer bersama Tok Ismail Lassim.
2 Penasihat Ghajmas, Pak Karim dan Tok Ismail.
Lawatan kebajikan.


LATIHAN GHAZAL DARI RUMAH KE RUMAH 

Assalamualaikum.. 
Untuk pengetahuan semua, di zaman era 70- 90 an, berlatih muzik dari sebuah rumah ke sebuah rumah sudah menjadi tradisi kumpulan-kumpulan Ghazal Melayu Johor. Bahkan sejak dari zaman Pak Lomak (Bapa Ghazal Johor) lagi sudah wujud tradisi sebegini. Kalau tidak di rumah ahli kumpulan pun, kebiasaannya di rumah Ketua Kumpulan mereka sendiri. Ikatan sillaturahim dan kemesraan inilah yang menjadi keistimewaan pemuzik-pemuzik ghazal disamping keikhlasan mereka dalam memperjuangkan irama muzik tradisi mereka ini. 
Dan tradisi yang pupus inilah kami cuba bangkitkan dalam persatuan Ghajmas. Latihan ghazal akan diadakan setiap 2 minggu (mengikut majoriti kehadiran) di rumah ahli-ahli Ghajmas. Selain dapat merapatkan sillaturahim, ianya juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang cara-cara bermain dan menyanyikan lagu ghazal yang sememangnya hampir beku dan pupus di telan arus muzik masakini. 

LATIHAN GHAZAL DI RUMAH PENGERUSI (DR. MANTABLA)    
~ 3/8/2017    Bandar Tasik Puteri, Rawang


Ahli khusyuk mencari lagu ghazal.
Gambus-Rojer & Machi, Tabla-Auni, Harmonium-Dr. Mantabla, Violin-Nabil.
Faiz Peper sedang menuntut ilmu bermain tabla dengan Rojer.
Apalah yang menggelikan hati mereka.
Peace!
Auni Faqihah~ Diantara ahli Ghajmas yang berbakat besar.
Kebetulan hari yang kami berlatih ghazal ialah harijadi Tuan Pengerusi (Tuan Rumah) yang ke 33 tahun. Menjadi akhirnya kejutan birthday yang kami rancangkan. Ianya meriah walaupun hanya sekadar kecil-kecilan. Muka terkejut dapat kek.
LATIHAN GHAZAL DI RUMAH SYAZWAN (DANNY) 
~ 11/9/2017     Kampung Paya Jaras,Sungai Buloh

Kali ini kami berlatih ghazal di rumah Syazwan Junaidi di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh. Nasib kami memang baik kerana kebetulan ketika ini Tuan Penasihat (Pak Karim) dan isteri (Mak Munah) turut hadir bagi berkongsi ilmu-ilmu tentang Ghazal Melayu Johor. Pak Karim dan isterinya dari Kumpulan Seri Melati Ghazal, Johor Bahru adalah penggiat seni ghazal johor yang legend/otai sejak dari kumpulan mereka ditubuhkan 1969 sehingga sekarang. Mereka masih bergiat aktif dalam ghazal walaupun kesemua ahli kumpulan mereka telah tiada kerana pergi menghadap Illahi. Al-Fatihah untuk para pejuang ghazal terdahulu.

Sebahagian keluarga Ghajmas yang hadir.
Pak Karim, Mak Munah, Dr. Mantabla dan Rojer.
Masing-masing seronok berlatih.
Alisa sedang menyanyikan lagu Seri Mersing.
Khusyuk!
Serius.
Semangat!
Tuan rumah (Danny) sedang mendendangkan lagu ghazal.
Dengan senjata masing-masing.
Ieqa, Isteri Azizzul Haqim turut bersemangat menyanyikan lagu ghazal.
Zarina sedang menyanyikan lagu ghazal.
Irama Ghazal Melayu Johor.
Style kaki Pak Karim ketika bermain harmonium memang dahsyat.
Peti Harmonium.
Rojer bermain tabla sambil bersahaja.
Terciptalah kenangan manis.
Yeahhh!!

Dibawah ini ada video-video semasa latihan ghazal. Semoga bermanfaat!
Seri Mersing dari 8 gaya penyanyi yang berbeza. (PENUTUP)

LAGU MAK NEK DARI DANNY








GEMA GHAZAL di PESTA RAYA 2017 ESPLANADE SINGAPURA

Alhamdulillah! Ghajmas berjaya menarik perhatian pihak Esplanade, Singapura untuk membuat persembahan di acara tahunan Pesta Raya pada tahun ini. Kami amat berbesar hati dan terharu dengan kesungguhan dari pihak mereka, bak kata pepatah "Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan". 

Pada 20/7/2017, kami berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan menaiki sebuah van MPV Starex dan muatan seramai 9 orang. Kami tiba di tempat penginapan Hotel Peninsula Excelsior jam 1.30 tengahari. Setelah selesai check in hotel, kami terus menuju ke stage indoor untuk membuat soundcheck. Kemudian, jam 7.15 malam, kami sudah pun standby di Esplanade Concourse. Untuk malam pertama, kami membuat persembahan di Esplanade Concourse sebanyak 3 set dan setiap set lebih kurang dalam setengah jam persembahan. Penontonnya memang sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan mereka sangat sporting. Mari nikmati sebentar gambar-gambar dan video-video untuk persembahan pada malam yang pertama ini.





Poster Gema Ghazal by Ghajmas.
Dalam perjalanan ke Singapura.

Lapar benar bro2 kita ni..hehe..
Ready!!
Sedang beraksi.
Persembahan malam pertama di Esplanade Concourse.
Totoi pemain gitar 2 dan Faiz Peper pemain rebana dan perkusi.
Bob Wahid pemain gitar 1.
Nain pemain harmonium, Izmer pemain violin,
Rojer pemain gambus/penyanyi dan Zuraidah@Kajol penyanyi wanita.
Pasangan suami isteri.
Dr. Mantabla pemain tabla dan marwas.
Totoi sedang khusyuk memetik gitar.
Machi pemain bass.
Bob membantu untuk berkopak marwas.
Selesai persembahan malam pertama.
Gema Ghazal by Ghajmas.
Bersama orang-orang kuat Nadi Singapura.

 Pada keesokan harinya, kami memulakan soundcheck dan jam 3 petang di Esplanade Outdoor Theatre. kali ni kami membuat persembahan outdoor. Duration persembahan masih lagi seperti semalam sebanyak 3 set. Memang agak menggerunkan dan sedikit nervous kerana jumlah penonton yang sangat ramai, lebih-lebih lagi dengan kehadiran artis singapura seperti Rahimah Rahim dan Yusnor Eff. Tetapi alhamdulillah persembahan malam kedua ini lebih happening dari malam semalam. At the finale, penonton Singapura yang sememangnya sporting ini siap naik atas stage dan berjoget bersama-sama. Pengalaman ini akan menjadi kenangan manis bagi kami.  Syukur kepada Allah kerana berjaya membuat mereka semua terhibur. Jom, kita nikmati gambar-gambar dan video-video di persembahan malam kedua pula.

Ceria walaupun kepenatan.
Faiz Peper dan rebana.
Set up perlahan-lahan.
Soundcheck.
Smile!
Bersama si cantik urusetia Esplanade Cik Erni yang sangat bertanggungjawab. 
                               
                                          Sedikit video Laksamana Raja di Laut nyanyian Rojer.

Persembahan malam kedua.
Penonton yang meriah.
Bersama artis veteran Singapura Yusnor Eff dan Kak Rusedah dari Perkamus.
Sedang mencari mangsa untuk berjoget bersama-sama.
Wah, rancak menari.. Ewaahh!!
Bersama Yusnor Eff, Rahimah Rahim dan rakan media Singapura.
Pandangan dari hadapan penonton.

  Ada yang belum ready lah..
                                  Penonton-penonton yang sangat sporting menari bersama-sama.

Alhamdulillah, selesai!
Terima Kasih Esplanade Singapura!!!