Tuesday, October 18, 2016

KONSERT GEMILANG TANAH PERMATA (GTP) ISTANA BUDAYA


Istana Budaya telah membuat sebuah Konsert Gemilang Tanah Permata pada 5-7 Februari 2016. Gemilang Tanah Permata adalah sebuah produksi persembahan yang diikat dan dijalinkan dengan jalan cerita (story line) yang berilhamkan dari rentetan sejarah negeri Johor. Perpindahan pesat kerajaan dari Teluk Blangah ke Tanjung Puteri, pembangunan dan kestabilan ekonomi dan perjuangan bangsa merupakan inspirasi karya dan cetusan idea yang membawa mesej-mesej yang sarat dalam tema Tamadun Johor. 

Gemilang Tanah Permata telah dijayakan oleh 170 orang Artis dan peserta dari Johor serta lebih 50 orang tenaga kreatif yang lain hasil gabungan Yayasan Warisan Johor dan Istana Budaya. Antara nama besar yang telah menjayakan Gemilang Tanah Permata ialah artis-artis kelahiran Johor seperti Ayai Illusi, Syura, Zarina Zainoordin, Haziq, Natasha Yazir dan Fahmi Mentor. Ghajmas amat berbangga dengan penglibatan 7 orang ahlinya. Beliau terdiri dari penggiat Ghazal Melayu Johor selaku Penasihat Ghajmas, En. Mohamed Karim, seterusnya Mohd. Rozaidy (Rojer), Azizzul Haqim, Edie Nazrin, Hazraniza, Zarina, Zuraidah (Kajol) dan Zulkarnain.

Adalah diharapkan Gemilang Tanah Permata dapat memberikan impak dan kesan mendalam serta contoh terbaik bagi aktiviti seni persembahan dan kegiatan seni di Negeri Johor. 

Ahli Ghajmas yang terlibat GTP.

Rojer menyanyikan lagu Bukit Kepong.

Bersama Music Director Jari Jaafar.

Mohamed Karim menyanyikan lagu Seri Mersing.

Gambar kenangan bersama Ashraff Muslim.

Gambar kenangan bersama Sofi Jikan.

Back up vocal singer soundcheck.

Malam pertama, ready!

Malam kedua, ready!
Bersama Pak Ngah.

Malam ketiga, ready!

Ahli Ghajmas di GTP, Istana Budaya.

Yeahh!!!

Mohamed Karim dan Abd. Rahman berduet lagu Seri Mersing.
Jom kita lihat video-video semasa konsert tersebut antaranya En. Mohamed Karim menyanyikan lagu Seri Mersing, chanting lagu Johor yang dinyanyikan oleh back up vocal Ghajmas dan Bukit Kepong nyanyian Rojer. Jom!!!


No comments:

Post a Comment