Tuesday, October 18, 2016




                              GhaMuhyi

Poster GhaMuhyi.

Ghamuhyi ialah sebuah product Ghajmas dimana pencipta karya ini adalah Tuan Pengerusi sendiri. Ianya terhasil dari Ujian (PHD) Komposisi Akhirnya dalam bidang Penciptaan Musik Nusantara di Institut Seni Indonesia, Surakarta. GhaMuhyi menampilkan komposisi-komposisi baru/ kontemporari berakar dari muzik Ghazal Melayu Johor yang akan dipersembahkan dengan beragam suasana muzikal dan visual. Melibatkan 17 orang penggiat Ghazal baru dan 8 orang penggiat Ghazal veteran jemputan dari Johor. Selain itu, Datuk Suhaimi bin Mohd Zain (Pak Ngah) merupakan salah seorang penyelia/ pembimbing yang dilantik oleh pihak Institut Seni Indonesia Surakarta dalam karya ini. 

Pada 18 Disember 2015, telah diadakan Ujian Akhir dan Sidang Terbuka (PhD) Doktor Penciptaan Seni Saudara Kamarulzaman bin Mohamed Karim selaku Pengerusi Ghajmas di Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur. Lebih kurang setahun tempoh latihan yang kami jalani, akhirnya membuahkan hasil. Tuan Pengerusi telah mendapat penilaian dan kelulusan yang cemerlang dari pihak Institut Seni Indonesia beserta gelaran Doktor pada malam itu juga. 
Kami seluruh keluarga Ghajmas mengucapkan TAHNIAH kepada  
Dr. Kamarulzaman@ManTabla!!


Zarina menyampaikan lagu Telunjuk Silir Sirat.

Azizzul Haqim menyampaikan lagu Seri Langit.
                                          
Edie Nazrin menyampaikan lagu Ratapan Melayu.
             
Toda.
Barisan panel juri dari Malaysia dan Indonesia.
Bersama keluarga dan panel juri penilai.
Keluarga Ghamuhyi.
Rojer menyampaikan lagu Bukit Kesenangan.
Saat dinilai. Dup Dap Dup Dap..
Menjawab semua soalan yang panel juri penilai berikan.
Diantara panel juri penilai dari Indonesia.
Diantara panel juri penilai dari Malaysia.
Khusyuk!
Suasana di auditorium ketika sidang Viva.
Hasraniza menyampaikan lagu Malam Merindu.
Penggiat Ghazal Melayu Johor dari Kumpulan Seri Melati Ghazal, JB.
Toda beraksi.
Back-up vocal singer.
Aksi mantap ketika segmen toda.
Lagu instrumental Bunga.
Aksi penari ketika lagu Matahari.
Rojer dan Kajol menyanyikan lagu duet Matahari.

                                           
































No comments:

Post a Comment