Monday, March 9, 2020

LATIHAN GHAJMAS DARI RUMAH KE RUMAH

Pada 4 Mac 2019, jam 8 malam kami telah mengadakan latihan rutin Ghajmas di rumah En. Danny di Paya Jaras, Selangor. Latihan kali ini agak istimewa kerana kami didatangi oleh sekumpulan pelajar dari UCSI Universiti. Memang kami tidak akan pernah jemu untuk mencurahkan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk pelajar-pelajar terutamanya pelapis seni budaya ini.






Dalam keriuhan kami sedang berghazal, tiba-tiba ada sekumpulan budak-budak lelaki kampung berbasikal sedang terhendap-hendap dari luar rumah. Katanya dia berminat dan hendak mengetahui muzik apakah yang sedang kami mainkan. Kami sungguh terharu. Rupanya masih ada lagi anak-anak kecil yang berminat untuk mengetahui muzik ghazal ini, sayangnya mereka kurang diberi pendedahan. Kami pun mempelawa mereka masuk, dan join sama berghazal.

Inilah budak-budaknya. 
Semoga kita berjumpa lagi di ruangan akan datang. Amin.

No comments:

Post a Comment