Monday, March 9, 2020

KLINIK GHAZAL ~ SIRI 1


Assalamualaikum semua.. Ghajmas dan Pak Ngah Production Sdn. Bhd telah menganjurkan Klinik Ghazal ~ Siri 1 yang berkonsepkan bengkel muzik tradisional (Ghazal Melayu Johor) bersiri kepada sesiapa yang berminat pada 19 Januari 2020 bertempat di Studio Pak Ngah, Setapak Kuala Lumpur. Yuran pendaftaran sebanyak RM 130 untuk orang awam dan RM 60 untuk pelajar. Sijil penyertaan dan makanan untuk sepanjang sesi bengkel disediakan. Turut hadir Penasihat Ghajmas En Mohamed Karim.
Alhamdulillah, penyertaan sangat menggalakkan. Selain peserta dari dalam Malaysia, ada juga peserta dari Nadi Singapura. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi dalam Klinik Ghazal ~ Siri 2. Amin.









 







 







 


Pengerusi Ghajmas memberi sijil penghargaan kepada Pak Ngah Production 
Penasihat memberi sijil penghargaan kepada Pengerusi Ghajmas


Bahagian pengurusan Ghajmas dan PNP


Peserta yang bersemangat


Peserta dari Nadi Singapura

Violinist


Setiausaha Ghajmas (Kajol Rojer) dan Mak Ngah




Penasihat Ghajmas (Pak Karim) dan isteri


LATIHAN GHAZAL SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GHAJMAS

Latihan Ghazal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Ghajmas bertempat di Studio Pak Ngah Production pada 2 Julai 2019, jam 8.30 malam. Ramai ahli dan tetamu yang hadir. Ada juga diantaranya yang bukan ahli Ghajmas tapi berminat ingin melihat sendiri latihan ghazal yang kami adakan. Kami memang sangat mengalu-alukan kehadiran bagi siapa yang berminat ingin menyertai latihan rutih Ghajmas ini.






Sedikit gambar kenangan sebagai memori. 

LATIHAN RUTIN DAN KENDURI DOA SELAMAT GHAJMAS


Pada 30 April 2019 (Selasa), jam 8.30 malam bertempat di Studio Pak Ngah Production, kami telah mengadakan latihan rutin bulanan Ghajmas dan kenduri doa selamat. Turut hadir bersama Megat anak lelaki Almarhum Pak Ngah. Semoga ukhwah kebersamaan ini akan tetap terjalin sehingga ke akhirnya. Amin,



Sebahagian keluarga Ghajmas yang memeriahkan majlis


Abby Sabihah bermain tabla
Rojer Kajol bermain peti harmonium
Dr. Mantabla dan gambus




Sekitar sesi latihan rutin