Monday, February 11, 2019



Poster

KONSERT TINGGINYA TIDAK TERLAWAN~
PENGHORMATAN BUAT PAK NGAH

Pada 7 November 2018, jam 8.30 malam, bertempat di Panggung Seni (UKM) anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta kerjasama dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USIM), Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Ingress Audio & Management (I.A.M) dan Purnama Maqasuci Enterprise, buat pertama kalinya kami telah berjaya mengadakan sebuah konsert tribute

Objektif konsert ini adalah sebagai tanda penghormatan kepada adiguru dan merangkap bapa kami Allahyarham Pak Ngah selain menghargai karya-karya agung dan sekaligus mengiiktiraf beliau sebagai "Bapa Irama Malaysia". Konsep persembahan konsert ini adalah dengan memainkan lagu-lagu beliau dalam bentuk penceritaan perjalanan kariernya melalui segmen-segmen. Juga persembahan yang bersifat informatif menggunakan media narasi, puisi, video dan gambar. 

Dengan barisan artis yang hebat-hebat belaka seperti Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Bob AF, Zehra Zamri, Elda Susanti, Haziq Rosebi, Che Kem, Natasha, Azizul Haqim, Rojer Kajol, Hazra, Syuhada, Farez Adnan, Darling, Abby Sabihah, Norzarina, Edie Nazrin, Hariz Fayahet, Prof. Supyan, BVS Fasola yang diiringi pemuzik dari Orkes Melayu Ghajmas dan String Ensembel Ilham Subri. Manakala kumpulan artis jemputan yang terlibat ialah Swakarya, Swara, Swatari. Ada juga penglibatan kumpulan artis dari luar negara iaitu Nobat Kota Singa dari Singapura. Sungguh-sungguh mengharukan apabila penggiat-penggiat seni hebat ini ingin melibatkan diri dalam konsert ini tanpa meminta sesen bayaran pun. Semuanya adalah sumbangan bakti yang dapat dicurahkan atas nama Allahyarham Pak Ngah. Sungguh besar kesan dari hasil curahan ilmu seorang yang bernama Pak Ngah. 

Lebih membanggakan kami apabila pihak RTM sudi bekerjasama dengan membuat rakaman siaran langsung menerusi RTM TV2 pada 10 November 2018 jam 8.30 malam, dan atas permintaan yang tinggi siaran ini diulang lagi pada 9 Disember 2018 jam 9 malam. Bukan itu sahaja, TV Okey juga ada menyiarkan rakaman konsert ini.  

Ini adalah satu kejayaan yang tiada terungkap oleh pihak kami. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Hanya Allah jua yang dapat membalas segalanya. 

Jom kita nikmati gambar serta video Konsert Tingginya Tidak Terlawan~Penghormatan Buat Pak Ngah... 

(KONSERT TINGGINYA TIDAK TERLAWAN-FULL VIDEO)
https://www.youtube.com/watch?v=0bEtzTxtWiw

https://www.youtube.com/watch?v=NJMYymMMYPA (BINTANG JAUHARI)

Che Kem sedang menyampaikan narasi ciptaan Siso Kopratasa.
Dato' Ahmad Tarmimi Siregar menyampaikan puisi bertajuk Elegi Untuk Pak Ngah yang ditulis oleh Hairul Anuar Harun. 
                           
Swatari dengan tarian yang memukau.
Swara

Swatari 
Swatari
                                     
Swakarya dan Swara
                           
Swakarya
                             
Haziq Rosebi menyampaikan lagu Zapin Suri dan Manira.

Edie Nazrin menyampaikan lagu Sulam Sembilan.

Azizul Haqim dan Edie Nazrin menyampaikan lagu Dondang Dendang.

Gandingan mantap Bob AF dan Azizul Haqim menyampaikan lagu Laksamana Raja di Laut.
Abby Sabihah dengan lagu Cindai.

Abby Sabihah diiringi penari UKM.

Rojer Kajol menyampaikan Mak Inang Kayangan dan Sempaya.

Bob AF mendendangkan Samrah Mentari.

Elda Susanti dan Syuhada menyampaikan lagu Zapin Melayu.

Norzarina menyampaikan lagu Candak.

Zehra Zamri mendendangkan lagu Balqis dan Semalakama.

Natasha menyampaikan lagu Zapin Bahari.

Rojer Kajol dan Orkes Melayu Ghajmas.

Haziq Rosebi dan Strings Ensemble Ilham Subri.
Darling, Ery dan Syuhada bergambar kenangan.
                                                 
Hazra menyampaikan lagu Ewah Ewah. 

Rojer Kajol, Hazra, Azizul Haqim, Abby Sabihah, Haziq Rosebi, Zehra Zamri, Edie Nazrin dan Norzarina menyampaikan lagu Bintang Jauhari ciptaan Dr. Mantabla dan lirik Hairil Anuar Harun dengan linangan airmata.

Bersugul.
Farez Adnan dengan lagu Nazam Berkasih.

Hazra menyampaikan lagu Inang Merindu.

Nobat Kota Singa menyampaikan lagu Dikir Puteri.

Nobat Kota Singa.

Shariff penyanyi Nobat Kota Singa.

Nobat Kota Singa.

Bersemangat!

Antara penyanyi wanita yang terlibat.

Antara penyanyi lelaki yang terlibat.

Bergambar kenangan.
Penyampaian cenderamata dari pihak UKM kepada waris Allahyarham Pak Ngah.

Dato' M.Nasir dan isteri antara artis yang hadir.
Pengerusi Ghajmas dan Strings Ensemble Ilham Subri.

Sebahagian ahli keluarga waris yang hadir memberi sokongan.
Penyampaian cenderamata dari Penasihat Ghajmas kepada waris Allahyarham Pak Ngah. 


Tersergam indah menghiasi studio Pak Ngah.

Damailah di sana Pak Ngah.. Al-Fatihah Suhaimi Mohd Zain.



ELEGI UNTUK PAK NGAH

Petang suram
Kami terima khabar duka
Engkau telah tiada
Pergimu di bumi asing
Tanpa teman sekeliling
Kehilanganmu cukup mendadak
Saat nama di puncak
Meniti di bibir nusantara
Anehnya bukan di negeri sendiri
Sedang di sini kau dipandang sepi
Kata mereka zamanmu sudah berlalu
Sedangkan perjuanganmu
Tak pernah mengenal erti waktu, erti jemu

Satu demi satu kau kenalkan pada dunia
Tentang irama tradisi kita
Zapin, dikir, dabus, ghazal, asli
Joget, samrah, inang, masri
Tiap rentak kau sulam dengan penuh berseni
Melodimu menjadi, dijalin bahasa berbudi
Cindai, Ya Maulai, Dondang Dendang, Samrah Mentari
Hati kama, Tinting, Balqis, Nirmala, Yayadan, Dikir Puteri
Ahhh… banyak lagi… tak terbilang satu persatu
Di pentas teater pun kau warnai dengan sentuh keramatmu
Tak kau lupa juga berbakti untuk negara
Sukan Komanwel, Citrawarna, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia
Berderet jasamu kalau nak dihitung
Sungguh seni budaya negara beruntung
Punya adiguru yang terus berbakti hingga ke akhir hayat
Walau di akhirmu tak seorang para pembesar datang melawat
  
Pak ngah
Kutuliskan elegi ini untukmu
Sebagai tanda kasihku dan para sahabatmu
Atas segala apa yang telah kau berikan sepanjang hidupmu
Gelak tawa, gurau senda, marah sayangmu
Tak pernah lokek ilmu, wang, tenaga, selagi kau termampu
Mendidik siapa sahaja yang mahu
Memberi apa sahaja yang perlu
Sungguh budi dan jasamu hanya Allah yang membalas
Namamu akan terus dikenang
Kasihmu akan terus dijulang
Hingga akhir hayat kami pula
  
Pun hari ini kami berkumpul di sini
Adalah untuk meraikan segala kenangan bersamamu
Kami bersatu bersama ketika kau telah tiada
Demi sebuah cinta yang tak ternilai harganya
Dan benarlah bahawa kematian itu
Menemukan kembali mereka yang hidup…

HAIRUL ANUAR HARUN