Assalamualaikum semua..
Pada 25 September 2018, Selasa jam 3.02 petang, seluruh masyarakat Malaysia digemparkan dengan sebuah berita sedih yang mengejutkan sekaligus amat memilukan. Perginya sebutir permata seni tanahair atau bapa pejuang Irama Melayu Tradisi mengadap Ilahi, Datuk Suhaimi bin Mohd Zain atau lebih dikenali dengan Pak Ngah akibat kegagalan jantung.
Beliau dan keluarga pergi untuk menghadiri Festival Bahari Kepri (Kepulauan Riau) pada 21 September 2018, Jumaat dan sempat dirawat selama 4 hari di ICU sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Rumah Sakit Provinsi Kepri Tanjung Pinang Batam, Indonesia. Beliau disembahyangkan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.
Pak Ngah yang merupakan Penasihat dalam persatuan Ghajmas ini memang menghidapi penyakit berangkai seperti kencing manis dan darah tinggi. Tetapi beliau selalu merahsiakan kesakitannya kepada masyarakat, kerana beliau tidak suka orang melihatnya dalam keadaan sakit maka tidak hairanlah kalau kita akan selalu nampak beliau sentiasa ceria dan suka menghiburkan orang lain.
Terlalu banyak jasa beliau kepada kesenian budaya melayu Malaysia, bahkan di Indonesia, Singapura, Brunei dan seluruh rumpun melayu, terutamanya di dalam persatuan ini. Kehilangan besar yang amat amat dirasai.
Iya, kami adalah penerus perjuangan beliau. InsyaAllah kami tidak akan sia-siakan segala usaha yang telah beliau juangkan. Semoga bermanfaat untuk masyarakat.
Al- Fatihah Pak Ngah dalam kenangan...............
~26 Sept 1958 -25 Sept 2018~
 |
Tahlil di rumah Pak Ngah |
 |
Tahlil |
 |
Rakan artis yang turut hadir Elda, Zizi Kirana dan Asmidar |
 |
Jenazah tiba di Masjid Kampung Baru, KL |
 |
Masjid Kampung Baru, KL |
 |
Diusung masuk ke dalam masjid |
 |
:-( |
 |
Pengerusi Ghajmas, Dr. ManTabla memberi penghormatan terakhir |
 |
Megat Shahril Rezal anak lelaki Pak Ngah |
 |
Naib Pengerusi Ghajmas, Rojer memberi penghormatan terakhir |
 |
Bersama Mak Ngah |
 |
Insya Allah kami akan disisi Mak Ngah |
 |
Kami penerus perjuanganmu |
 |
Kami sayang PAK NGAH!! :-( |