Monday, November 23, 2015

PENGENALAN 'KAMI'

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, setelah hampir bertahun-tahun bercadang untuk menubuhkan persatuan, akhirnya pada 16 Mac 2015 secara rasminya tertubuhlah Persatuan Ghazal Johor Malaysia, Kuala Lumpur atau nama singkatannya GHAJMAS. Tujuan utama persatuan ini ditubuhkan adalah untuk menyatukan para penggiat seni muzik tradisional Ghazal Melayu Johor yang bergiat aktif di seluruh Malaysia. Bukan hanya kepada penggiat seni Ghazal melayu Johor sahaja, bahkan kami sangat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kami. Selain memelihara dan melestarikan seni muzik tradisional Ghazal Melayu Johor secara akar umbi, kami juga ingin mengembangkan seni muzik ini ke peringkat global dan antarabangsa. InsyaAllah.. Semoga niat suci murni kami semua akan tercapai. Amin!
Untuk pengetahuan semua, tokoh penasihat Ghajmas mempunyai 3 orang. Penasihat pertama ialah Ismail bin Lasim, seorang penggiat seni veteran Ghazal Melayu Johor. Penasihat kedua ialah Mohamed Karim bin Abdul Rahman, juga seorang penggiat seni veteran Ghazal Melayu Johor. Penasihat ketiga ialah Datuk Shuhaimi bin Mohamed Zain atau dikenali Pak Ngah, seorang komposer terkenal dengan lagu-lagu muzik tradisional melayu dalam industri muzik di Malaysia.
Silakan menikmati gambar-gambar di awal penubuhan persatuan ini.

Inilah meeting pertama kecil-kecilan tak rasmi
Disebabkan kami masih tak ada tempat bernaung, meeting pertama dibuat di restoran aje.
Instagram Ghajmas
Facebook Ghajmas
Proses kad ahli Ghajmas.
Sedang tekun Setiausaha Ghajmas melakari logo persatuan mengikut kata sepakat semua ahli.
Mesyuarat Agung pertama diadakan di Pak Ngah Production.