Sunday, April 1, 2018

Program Seni Citra "Arena Ghazal"

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, anjuran Ghajmas bersama Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRa), ASWARA dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maka terhasillah sebuah forum & showcase Program Seni Citra "Arena Ghazal" bertajuk ~ Ghazal Dalam Arena Dangdut pada 27 Februari 2018 (Selasa) yang bertempat di Dewan Orkestra, Aswara pada jam 4.00 - 7.00 petang.

Acara ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Antara penonton yang hadir ialah Pak Ngah Suhaimi, Raja Kobat, Elda Susanti serta wakil dari jabatan-jabatan kebudayaan seluruh Malaysia. Bahkan wakil dari Singapura (En. Aliff Azman) pun turut hadir untuk memberi sokongan. Terima kasih yang sebesar-besarnya.


TALKSHOW: ARENA GHAZAL
“Ghazal Dalam Arena Muzik Dangdut”

Muzik Ghazal di Malaysia sangat sinonim dengan pengaruh muzik Hindustan dari India dan muzik Qawwali dari Pakistan. Perkembangannya di Malaysia sejak tahun 1950-an adalah sangat memberangsangkan dan menjadi identiti utama bagi masyarakat negeri Johor.  Dewasa ini, perkembangan muzik Ghazal dilihat semakin hangat diperkatakan dalam arena industry muzik Dangdut. Sejak munculnya acara Dangdut Academy Asia (DAA) oleh sebuah siaran televisyen Indonesia iaitu Indosiar pada tahun 2015, kemudian diikuti dengan acara Dangdut Star oleh ASTRO Malaysia, istilah ‘Ghazal’ sering menjadi ‘buah-mulut’ barisan juri dan pengulas acara dalam menilai penampilan peserta pertandingan tersebut.
Di dalam acara DAA, nama-nama peserta yang mewakili Malaysia seperti Shiha Zikir, Fitri Hiswady, Rojer Kajol, Elda Susanti, Asmidar, Syura dan Azizzul Haqim sering dianggap sebagai peserta yang mempunyai bakat yang tinggi dalam menyampaikan teknik ‘cengkok’ atau ‘lenggok’ Melayu diantaranya adalah teknik Ghazal. Mereka sering dijadikan contoh kepada peserta negara lain dalam penguasaan teknik tersebut. Ironinya, di dalam acara Dangdut Star ASTRO Malaysia, teknik Ghazal selalu diasingkan daripada teknik nyanyian Dangdut dan seringkali dinilai tidak menepati gaya nyanyian Dangdut yang diinginkan.
Berdasarkan sejarah perkembangan muzik Ghazal Melayu Johor, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa elemen-elemen Dangdut memang sudah terdapat dalam muzik Ghazal sejak awal kewujudannya. Ia jelas terlihat pada ritma dan melodi yang dimainkan oleh alat muzik utamanya seperti tabla, harmonium dan vokal. Tambahan pula, muzik Dangdut sememangnya tidak lepas dari pengaruh budaya muzik yang sama iaitu muzik Hindustan. Lebih jauh lagi, keserasian antara Ghazal dan Dangdut telah menjadi inspirasi buat kumpulan Seri Melati Ghazal Johor Bahru dimana pada sekitar tahun 1980-an, mereka merupakan kumpulan Ghazal pertama di Malaysia yang merakamkan album Ghazal dengan tema Irama Dangdut.

Persoalannya adalah, apakah elemen-elemen Ghazal merupakan ciri khas bagi muzik Dangdut atau sebaliknya? Bagaimana teknik Ghazal dapat dibezakan dengan teknik nyanyian Dangdut? Apakah cabaran yang dihadapi oleh peserta-peserta Malaysia dalam memperjuangkan identiti muzik Dangdut Malaysia di pertandingan berprestij seperti DAA? Semuanya akan dikupas secara demonstrative dan kreatif dalam TALKSHOW ARENA GHAZAL bersama Fitri (DAA1), Rojer (DAA2), Azizzul Haqim (DAA3), dan Dr. Mantabla (Komposer dan Pensyarah Muzik UPSI) anjuran bersama Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA) dan Persatuan Ghazal Johor Malaysia (GHAJMAS) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 27 Februari 2018 jam 4 petang bertempat di Dewan Orkestra ASWARA. Selamat menyaksikan!



Poster Arena Ghazal.




Che Kem~Pengarah Kebudayaan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRa), ASWARA. 
Keratan akhbar tentang Arena Ghazal.
Penyanyi dan pemuzik Ghajmas.
Candid!
Azizzul, Fitri, A. Rahman Kamarudin, Pak Ngah dan Rojer.
Azizzul (DAA3), Fitri (DAA1) dan Rojer (DAA2).
Che Kem menyampaikan cenderamata kepada Tokoh Ghazal (Pak Karim).
Penyampaian cenderamata.
Pemuzik Ghajmas yang mengiringi Arena Ghazal.
Rojer bersama wakil dari Yayasan Warisan Johor.
Jualan cd audio lagu ghazal dari Pustaka Rojer kajol.
Penonton yang hadir.
Sesi bahas yang hangat.
Sesi bual bicara.
Rehearsal.

Maimunah standby soundcheck.



Selesai mesyuarat antara PuTRa dan Ghajmas beberapa hari sebelum program.
Pak Ngah yang disayangi ramai.
Terima kasih TV9.
Pak Karim di TV9.

Boleh layan video-video showcase di link ini:

https://www.youtube.com/watch?v=6daVfovv3rM
https://youtu.be/5Y3FyAqQFUY
https://youtu.be/O67hFbSJBMU
https://www.youtube.com/watch?v=KYXKB4MOGe0&t=95s
https://www.youtube.com/watch?v=qahVRXkLVsI&t=31s
https://www.youtube.com/watch?v=lRI-ARvQfv8
https://www.youtube.com/watch?v=_8XLnE-QCkE
https://www.youtube.com/watch?v=gmZzdusaAWg
https://www.youtube.com/watch?v=xba9-45WjkE

Monday, February 19, 2018

LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH PENASIHAT GHAJMAS

(Tok Ismail Lassim) atau nama penuhnya Hj. Ismail bin Mohd Lassim adalah Penasihat / Adiguru 1 Ghajmas. Beliau juga penggiat seni ghazal melayu johor bersama kumpulannya Seri Kenangan Ghazal, Batu Pahat (pemimpin) dan juga seorang pesara Kumpulan Seni Persembahan Petronas/(PPAG). Dikhabarkan beliau sedang uzur sejak menjalani operasi saluran air kencing dan kedua-dua belah mata. Beliau kini tinggal di Flat Sri Kedah Blok 27 Gombak, Kuala Lumpur. Jika sesiapa berniat ingin membantu beliau, boleh melawat beliau di kediamannya atau transfer infaq anda di nombor akaun beliau sendiri iaitu CIMB Bank 12160035344522. Semoga Allah jua yang membalas segala kebaikan kita semua. Semoga Tok Ismail segera sembuh dari penyakit. Amin!

Kenangan Tok Ismail (harmonium) bersama Raja Gambus Fadzil Ahmad dan Norehan Saif.
Zaman kegemilangan beliau. 
Uzur.
Semoga cepat sihat seperti sediakala.
Rojer bersama Tok Ismail Lassim.
2 Penasihat Ghajmas, Pak Karim dan Tok Ismail.
Lawatan kebajikan.


LATIHAN GHAZAL DARI RUMAH KE RUMAH 

Assalamualaikum.. 
Untuk pengetahuan semua, di zaman era 70- 90 an, berlatih muzik dari sebuah rumah ke sebuah rumah sudah menjadi tradisi kumpulan-kumpulan Ghazal Melayu Johor. Bahkan sejak dari zaman Pak Lomak (Bapa Ghazal Johor) lagi sudah wujud tradisi sebegini. Kalau tidak di rumah ahli kumpulan pun, kebiasaannya di rumah Ketua Kumpulan mereka sendiri. Ikatan sillaturahim dan kemesraan inilah yang menjadi keistimewaan pemuzik-pemuzik ghazal disamping keikhlasan mereka dalam memperjuangkan irama muzik tradisi mereka ini. 
Dan tradisi yang pupus inilah kami cuba bangkitkan dalam persatuan Ghajmas. Latihan ghazal akan diadakan setiap 2 minggu (mengikut majoriti kehadiran) di rumah ahli-ahli Ghajmas. Selain dapat merapatkan sillaturahim, ianya juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang cara-cara bermain dan menyanyikan lagu ghazal yang sememangnya hampir beku dan pupus di telan arus muzik masakini. 

LATIHAN GHAZAL DI RUMAH PENGERUSI (DR. MANTABLA)    
~ 3/8/2017    Bandar Tasik Puteri, Rawang


Ahli khusyuk mencari lagu ghazal.
Gambus-Rojer & Machi, Tabla-Auni, Harmonium-Dr. Mantabla, Violin-Nabil.
Faiz Peper sedang menuntut ilmu bermain tabla dengan Rojer.
Apalah yang menggelikan hati mereka.
Peace!
Auni Faqihah~ Diantara ahli Ghajmas yang berbakat besar.
Kebetulan hari yang kami berlatih ghazal ialah harijadi Tuan Pengerusi (Tuan Rumah) yang ke 33 tahun. Menjadi akhirnya kejutan birthday yang kami rancangkan. Ianya meriah walaupun hanya sekadar kecil-kecilan. Muka terkejut dapat kek.
LATIHAN GHAZAL DI RUMAH SYAZWAN (DANNY) 
~ 11/9/2017     Kampung Paya Jaras,Sungai Buloh

Kali ini kami berlatih ghazal di rumah Syazwan Junaidi di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh. Nasib kami memang baik kerana kebetulan ketika ini Tuan Penasihat (Pak Karim) dan isteri (Mak Munah) turut hadir bagi berkongsi ilmu-ilmu tentang Ghazal Melayu Johor. Pak Karim dan isterinya dari Kumpulan Seri Melati Ghazal, Johor Bahru adalah penggiat seni ghazal johor yang legend/otai sejak dari kumpulan mereka ditubuhkan 1969 sehingga sekarang. Mereka masih bergiat aktif dalam ghazal walaupun kesemua ahli kumpulan mereka telah tiada kerana pergi menghadap Illahi. Al-Fatihah untuk para pejuang ghazal terdahulu.

Sebahagian keluarga Ghajmas yang hadir.
Pak Karim, Mak Munah, Dr. Mantabla dan Rojer.
Masing-masing seronok berlatih.
Alisa sedang menyanyikan lagu Seri Mersing.
Khusyuk!
Serius.
Semangat!
Tuan rumah (Danny) sedang mendendangkan lagu ghazal.
Dengan senjata masing-masing.
Ieqa, Isteri Azizzul Haqim turut bersemangat menyanyikan lagu ghazal.
Zarina sedang menyanyikan lagu ghazal.
Irama Ghazal Melayu Johor.
Style kaki Pak Karim ketika bermain harmonium memang dahsyat.
Peti Harmonium.
Rojer bermain tabla sambil bersahaja.
Terciptalah kenangan manis.
Yeahhh!!

Dibawah ini ada video-video semasa latihan ghazal. Semoga bermanfaat!
Seri Mersing dari 8 gaya penyanyi yang berbeza. (PENUTUP)

LAGU MAK NEK DARI DANNY