Monday, February 19, 2018

GEMA GHAZAL di PESTA RAYA 2017 ESPLANADE SINGAPURA

Alhamdulillah! Ghajmas berjaya menarik perhatian pihak Esplanade, Singapura untuk membuat persembahan di acara tahunan Pesta Raya pada tahun ini. Kami amat berbesar hati dan terharu dengan kesungguhan dari pihak mereka, bak kata pepatah "Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan". 

Pada 20/7/2017, kami berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan menaiki sebuah van MPV Starex dan muatan seramai 9 orang. Kami tiba di tempat penginapan Hotel Peninsula Excelsior jam 1.30 tengahari. Setelah selesai check in hotel, kami terus menuju ke stage indoor untuk membuat soundcheck. Kemudian, jam 7.15 malam, kami sudah pun standby di Esplanade Concourse. Untuk malam pertama, kami membuat persembahan di Esplanade Concourse sebanyak 3 set dan setiap set lebih kurang dalam setengah jam persembahan. Penontonnya memang sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan mereka sangat sporting. Mari nikmati sebentar gambar-gambar dan video-video untuk persembahan pada malam yang pertama ini.





Poster Gema Ghazal by Ghajmas.
Dalam perjalanan ke Singapura.

Lapar benar bro2 kita ni..hehe..
Ready!!
Sedang beraksi.
Persembahan malam pertama di Esplanade Concourse.
Totoi pemain gitar 2 dan Faiz Peper pemain rebana dan perkusi.
Bob Wahid pemain gitar 1.
Nain pemain harmonium, Izmer pemain violin,
Rojer pemain gambus/penyanyi dan Zuraidah@Kajol penyanyi wanita.
Pasangan suami isteri.
Dr. Mantabla pemain tabla dan marwas.
Totoi sedang khusyuk memetik gitar.
Machi pemain bass.
Bob membantu untuk berkopak marwas.
Selesai persembahan malam pertama.
Gema Ghazal by Ghajmas.
Bersama orang-orang kuat Nadi Singapura.

 Pada keesokan harinya, kami memulakan soundcheck dan jam 3 petang di Esplanade Outdoor Theatre. kali ni kami membuat persembahan outdoor. Duration persembahan masih lagi seperti semalam sebanyak 3 set. Memang agak menggerunkan dan sedikit nervous kerana jumlah penonton yang sangat ramai, lebih-lebih lagi dengan kehadiran artis singapura seperti Rahimah Rahim dan Yusnor Eff. Tetapi alhamdulillah persembahan malam kedua ini lebih happening dari malam semalam. At the finale, penonton Singapura yang sememangnya sporting ini siap naik atas stage dan berjoget bersama-sama. Pengalaman ini akan menjadi kenangan manis bagi kami.  Syukur kepada Allah kerana berjaya membuat mereka semua terhibur. Jom, kita nikmati gambar-gambar dan video-video di persembahan malam kedua pula.

Ceria walaupun kepenatan.
Faiz Peper dan rebana.
Set up perlahan-lahan.
Soundcheck.
Smile!
Bersama si cantik urusetia Esplanade Cik Erni yang sangat bertanggungjawab. 
                               
                                          Sedikit video Laksamana Raja di Laut nyanyian Rojer.

Persembahan malam kedua.
Penonton yang meriah.
Bersama artis veteran Singapura Yusnor Eff dan Kak Rusedah dari Perkamus.
Sedang mencari mangsa untuk berjoget bersama-sama.
Wah, rancak menari.. Ewaahh!!
Bersama Yusnor Eff, Rahimah Rahim dan rakan media Singapura.
Pandangan dari hadapan penonton.

  Ada yang belum ready lah..
                                  Penonton-penonton yang sangat sporting menari bersama-sama.

Alhamdulillah, selesai!
Terima Kasih Esplanade Singapura!!!

Tuesday, August 8, 2017

JAMUAN AIDILFITRI GHAJMAS 2017

Untuk acara jamuan Aidilfitri  tahun ini masih lagi seperti tahun sebelumnya, kami mengadakan Jamuan Tahunan Majlis Aidilfitri Ghajmas 2017 di Pak Ngah Production. Jamuan telah diadakan pada 10 Julai 2017, hari Isnin jam 8 malam. Majlis malam itu memang sangat meriah ditambah pula dengan kehadiran Penasihat Ghajmas sendiri iaitu Pak Ngah Suhaimi dan Pak Karim (Seri Melati Ghazal, JB) menyerikan majlis.
Sebahagian keluarga Ghajmas.
Bacaan doa dari Pak Karim (Penasihat Ghajmas).
Santai-santai.

Diselang-seli dengan lagu-lagu raya nyanyian ahli-ahli Ghajmas yang rata-rata sudah bergelar artis seperti Hazra 3 Juara, Azizzul 3 Juara dan Rojer Dangdut Star / D'Academy Asia 2.

Hazra 3 Juara.
Azizzul dan Hazra 3 Juara.
Rojer Dangdut Star/D'Academy Asia2 sempat pose sambil-sambil menyanyi.
Pak Karim menyampaikan lagu raya.

Hidangan secara potluck memang sangat mendapat sambutan. Berbagai jenis hidangan yang dibawa oleh ahli-ahli seperti laksa johor, nasi daging, mee hoon goreng, satay goreng, kuih-muih, puding dan buah-buahan.

Laksa Johor handmade by Mr. Yeye.
Nasi Daging handmade by Mr. Totoi.
Satay Goreng Singapore handmade by Mr. Rojer.
Kuih-muih, puding, buah-buahan handmade by Dr. Man dan Mr. Azizzul. 
 Semoga dalam memperjuangkan seni dan budaya ini, diharap ikatan ukhwah yang sudah terjalin akan berkekalan sehingga ke akhirnya. Jom belek-belek gambar di bawah.
Jejaka tampan Ghajmas.
3 beradik Ayun, Yeye dan Edin bersama Pak Karim.
Edin, Is, Iman dan Yeye bersandar kekenyangan.
Rojer sedang mengusik Cik Munah melatah. Kecoh!
Khai dan Zach.
Tahniah Zarina dan Peper dengan kehadiran si comel Ratna Seri Jelita.
Lelaki sejati Ghajmas.
Yeah!!
Dr. Man dan Yeye.
Bunga-bunga Ghajmas.
Gigih Azizzul meneruskan nyanyian walau mengendong baby.
Zach sedang practice..hehe
Sweet couple ever!
Dr. Man and family.
Bincang-bincang lagu.
Ehem..ehem...
Cik Munah sedang menikmati laksa Johor.
Wefie!
Semangat!!
Secocok!

Sunday, January 22, 2017

BOKOR WORLD MUSIC FESTIVAL 2016


Pada 19-21 November 2016, Ghamuhyi telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Bokor World Music Festival 2016, Riau Indonesia. Seramai 6 orang ahli yang terlibat dalam persembahan tersebut. Muzik bertaraf International itu  secara rasminya dibuka pada 19 November 2016, Sabtu malam. Selain negara Malaysia yang terlibat, ada beberapa muzik yang berpartisipasi berasal dari luar negara seperti Perancis, Wales, Mexico dan Poland.

Acara ini dirasmikan oleh Wakil Bupati Kepulauan Meranti, Drs. H. Said Hasyim. Wakil Bupati Kepulauan Meranti dalam sambutannya memberikan apresiasi kepada Sanggar Bathin Galang selaku penyelenggara dan masyarakat Desa Bokor. Juga kepada seniman tradisional yang selalu mensosialisasikan seni budaya kepada masyarakat agar lebih mencntai kebudayaan sendiri. Seni dan budaya merupakan aset daerah bahkan negara.  

Kegiatan BWMF tahun 2016 ini merupakan acara untuk kedua kalinya. Tema untuk tahun ini ialah “Menghulu Bokor Dalam Sebuah Tradisi” yang bermaksud pergi ke Bokor untuk melestarikan tradisi. Sesuai dengan tema tersebut diharapkan melalui acara ini tradisi dan budaya Indonesia khususnya Kabupaten Meranti sentiasa dilestarikan oleh seluruh masyarakat.

Selain dari GhaMuhyi, untuk penampilan muzik pada 19 November akan diisi kumpulan muzik seperti Bonsuono, Blacan Aromatic, Sagu Band dan Sepeda Tak Belampu. Selain itu ada penampilan dari Minang Petagong dari Sumbar, Damawen dari Solo.

Sementara penampilan muzik pada 20 November pula, akan diisi kumpulan muzik dari Riau antara lain Woy Band, Kantong Plastik, Kemas Meranti dan Tengkah Zapin. Selain itu ada Kalila Project dari Sumatera Utara, Made In Made dari Aceh dan Forum Kompang dari Batam.


Pada malam terakhir 21 November ada penampilan dari Riau Rhythm Chambers Indonesia dan Joget Sonde. Juga penampilan dari CWRIA Wales, Rumah Musik, Tradisi Malang, Persahabatan Project Prancis, Steve Kindwald Rumania dan Et Labora Jawa Barat.

Boleh baca juga disini: 

Dr. ManTabla mewakili GhaMuhyi menerima sijil penghargaan.
Penonton berjoget lambak.
Persembahan GhaMuhyi.
GhaMuhyi di malam pembukaan BWMF 2016.
GhaMuhyi dari sisi penonton.
Bonsuono, Riau.
Steev Kinwald from Rumania feat Sanggar Bathin Galang.
Poster BWMF 2016.
BWMF 2016 di media. 
Blacan Aromatic, Riau.
Gilles Saissi from France.
Galih Naga Seno.
Agus Wayan, Rumah Musik Tradisi Malang Jawa Timur.
Ellen Begw Jordan, CWRWIA, Wales.