Tuesday, October 18, 2016

WORLD YOUTH JAZZ FESTIVAL 2016

Pada malam 6 Mei 2016 GhaMuhyi telah membuat persembahan pembukaan di World Youth Jazz Festival (WYJF) 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sambutan memang sangat menggalakkan. WYJF adalah festival tahunan yang wajib diadakan oleh penggiat muzik Jazz seluruh malaysia.

Edie Nazrin menyanyikan lagu Seri Langit.
Soundcheck
Rehat sebentar.
Back up vocal singer.
Toda.
Standby!
Bunga Ghamuhyi.
Seri Melati Ghazal, JB.
ManTabla.
GhaMuhyi.
Rojer, Edin dan Zach memainkan senjata masing-masing.
BVS
Zarina menyampaikan lagu Telunjuk Silir Sirat.
Aksi Zarina.
Pandangan jauh.

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Edie Nazrin menyanyi dengan penuh perasaan.
BVS.
Izmer dan violinnya.
ManTabla pun jadi bvs.
Penonton yang sporting.
Yeye dan tabla.
Toda.
Peper dan toys.
Penyanyi mantap Ghamuhyi, Hasraniza dan Zarina.
Ah Hoi sedang fight dengan tablaist.
Penonton.































MEGHENEK PARSI

Pada 3 Mei 2016 Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), Aswara telah membuat forum dalam slot Gema Seni Tradisional bertajuk Citra Seni Estetika Ghazal Johor. Penasihat Ghajmas (En. Mohamed Karim) dan Naib Pengerusi (Rojer) telah menjadi tetamu khas dalam forum yang berlangsung selama 2 jam itu. Diantara topik yang dibahaskan ialah teknik-teknik dalam nyanyian Ghazal Melayu Johor selain dari berkongsi pengalaman penggiat ghazal veteran itu berkecimpung selama hampir 6 dekad. Manakala di sebelah malamnya ialah persembahan dari Kumpulan Daya Tebrau Ghazal yang mana kesemua anggotanya terdiri daripada ahli Ghajmas. Bertempat di Dewan Orkestra Aswara dan sambutan amat menggalakkan. Apalagi, jom layan gambar-gambar dan video sekitar hari itu.


Poster Daya Tebrau Ghazal
Sesi latihan.
Sesi latihan.
Malam persembahan.
Acara forum selesai.
Membincangkan isu hangat berkaitan ghazal.
Sabihah bersama Pak Karim dan Izmer.
Rojer sedang ditemuramah.
Cenderamata untuk Pak Karim.
Mari berghazal.
Sabihah dan daya Tebrau Ghazal.
Azura, Pak Karim, Rojer dan Sabihah.
Bukit Melati.













KONSERT GEMILANG TANAH PERMATA (GTP) ISTANA BUDAYA


Istana Budaya telah membuat sebuah Konsert Gemilang Tanah Permata pada 5-7 Februari 2016. Gemilang Tanah Permata adalah sebuah produksi persembahan yang diikat dan dijalinkan dengan jalan cerita (story line) yang berilhamkan dari rentetan sejarah negeri Johor. Perpindahan pesat kerajaan dari Teluk Blangah ke Tanjung Puteri, pembangunan dan kestabilan ekonomi dan perjuangan bangsa merupakan inspirasi karya dan cetusan idea yang membawa mesej-mesej yang sarat dalam tema Tamadun Johor. 

Gemilang Tanah Permata telah dijayakan oleh 170 orang Artis dan peserta dari Johor serta lebih 50 orang tenaga kreatif yang lain hasil gabungan Yayasan Warisan Johor dan Istana Budaya. Antara nama besar yang telah menjayakan Gemilang Tanah Permata ialah artis-artis kelahiran Johor seperti Ayai Illusi, Syura, Zarina Zainoordin, Haziq, Natasha Yazir dan Fahmi Mentor. Ghajmas amat berbangga dengan penglibatan 7 orang ahlinya. Beliau terdiri dari penggiat Ghazal Melayu Johor selaku Penasihat Ghajmas, En. Mohamed Karim, seterusnya Mohd. Rozaidy (Rojer), Azizzul Haqim, Edie Nazrin, Hazraniza, Zarina, Zuraidah (Kajol) dan Zulkarnain.

Adalah diharapkan Gemilang Tanah Permata dapat memberikan impak dan kesan mendalam serta contoh terbaik bagi aktiviti seni persembahan dan kegiatan seni di Negeri Johor. 

Ahli Ghajmas yang terlibat GTP.

Rojer menyanyikan lagu Bukit Kepong.

Bersama Music Director Jari Jaafar.

Mohamed Karim menyanyikan lagu Seri Mersing.

Gambar kenangan bersama Ashraff Muslim.

Gambar kenangan bersama Sofi Jikan.

Back up vocal singer soundcheck.

Malam pertama, ready!

Malam kedua, ready!
Bersama Pak Ngah.

Malam ketiga, ready!

Ahli Ghajmas di GTP, Istana Budaya.

Yeahh!!!

Mohamed Karim dan Abd. Rahman berduet lagu Seri Mersing.
Jom kita lihat video-video semasa konsert tersebut antaranya En. Mohamed Karim menyanyikan lagu Seri Mersing, chanting lagu Johor yang dinyanyikan oleh back up vocal Ghajmas dan Bukit Kepong nyanyian Rojer. Jom!!!