Tuesday, October 18, 2016



GhaMuhyi di SELAMAT PAGI MALAYSIA (SPM)

Pada 9 Januari 2016, team GhaMuhyi telah dijemput ke Selamat Pagi Malaysia. Seawal pagi kami telah berada di Angkasapuri RTM Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua krew-krew SPM yang terlibat. Kami menggunakan slot yang diberikan dengan sebaiknya. Semoga bermanfaat untuk semua. Jom kita menonton video dan gambar-gambar sepanjang hari itu.


Dr. Kamarulzaman@ManTabla sedang ditemuramah.

Team Toda.

Standby!

Jawab jangan tak jawab.

Aksi Nizam dan Rojer dalam toda.

Ahli Ghajmas yang terlibat.
                                                                                                    



                              GhaMuhyi

Poster GhaMuhyi.

Ghamuhyi ialah sebuah product Ghajmas dimana pencipta karya ini adalah Tuan Pengerusi sendiri. Ianya terhasil dari Ujian (PHD) Komposisi Akhirnya dalam bidang Penciptaan Musik Nusantara di Institut Seni Indonesia, Surakarta. GhaMuhyi menampilkan komposisi-komposisi baru/ kontemporari berakar dari muzik Ghazal Melayu Johor yang akan dipersembahkan dengan beragam suasana muzikal dan visual. Melibatkan 17 orang penggiat Ghazal baru dan 8 orang penggiat Ghazal veteran jemputan dari Johor. Selain itu, Datuk Suhaimi bin Mohd Zain (Pak Ngah) merupakan salah seorang penyelia/ pembimbing yang dilantik oleh pihak Institut Seni Indonesia Surakarta dalam karya ini. 

Pada 18 Disember 2015, telah diadakan Ujian Akhir dan Sidang Terbuka (PhD) Doktor Penciptaan Seni Saudara Kamarulzaman bin Mohamed Karim selaku Pengerusi Ghajmas di Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur. Lebih kurang setahun tempoh latihan yang kami jalani, akhirnya membuahkan hasil. Tuan Pengerusi telah mendapat penilaian dan kelulusan yang cemerlang dari pihak Institut Seni Indonesia beserta gelaran Doktor pada malam itu juga. 
Kami seluruh keluarga Ghajmas mengucapkan TAHNIAH kepada  
Dr. Kamarulzaman@ManTabla!!


Zarina menyampaikan lagu Telunjuk Silir Sirat.

Azizzul Haqim menyampaikan lagu Seri Langit.
                                          
Edie Nazrin menyampaikan lagu Ratapan Melayu.
             
Toda.
Barisan panel juri dari Malaysia dan Indonesia.
Bersama keluarga dan panel juri penilai.
Keluarga Ghamuhyi.
Rojer menyampaikan lagu Bukit Kesenangan.
Saat dinilai. Dup Dap Dup Dap..
Menjawab semua soalan yang panel juri penilai berikan.
Diantara panel juri penilai dari Indonesia.
Diantara panel juri penilai dari Malaysia.
Khusyuk!
Suasana di auditorium ketika sidang Viva.
Hasraniza menyampaikan lagu Malam Merindu.
Penggiat Ghazal Melayu Johor dari Kumpulan Seri Melati Ghazal, JB.
Toda beraksi.
Back-up vocal singer.
Aksi mantap ketika segmen toda.
Lagu instrumental Bunga.
Aksi penari ketika lagu Matahari.
Rojer dan Kajol menyanyikan lagu duet Matahari.

                                           
































Monday, October 17, 2016

NASI LEMAK KOPI 'O' (GhaMuhyi)


Seawal 6 pagi kami dah tercongok di Studio Media Prima untuk bersiaran langsung di TV9. Sebahagian ahli Ghajmas terlibat menjayakan talkshow Nasi Lemak Kopi 'O' ini. Oh ya, biar kami jelaskan serba sedikit tentang sebuah muzik GhaMuhyi. Ghamuhyi adalah sebuah product Ghajmas dimana pencipta karya ini adalah Tuan Pengerusi sendiri. Ianya terhasil dari Ujian (PHD) Komposisi Akhirnya dalam bidang Penciptaan Musik Nusantara di Institut Seni Indonesia, Surakarta. GhaMuhyi menampilkan komposisi-komposisi baru/ kontemporari berakar dari muzik Ghazal Melayu Johor yang akan dipersembahkan dengan beragam suasana muzikal dan visual. Melibatkan 17 orang penggiat Ghazal baru dan 8 orang penggiat Ghazal veteran jemputan dari Johor. Selain itu, Datuk Suhaimi bin Mohd Zain (Pak Ngah) merupakan salah seorang penyelia/ pembimbing yang dilantik oleh pihak Institut Seni Indonesia Surakarta dalam karya ini.



Nasi Lemak Kopi 'O' (GhaMuhyi)



9 KOTAK 9 RENTAK

Pada 27 November 2015, 2 orang ahli Ghajmas telah diundang oleh NADI Singapura Ltd (Singa Drum Gaia) untuk membuat bengkel ghazal dan persembahan Konsert 9 kotak 9 Rentak di Malay Heritage Centre Lawn, Singapura. Saudara Pengerusi (Dr. Kamarulzaman@ManTabla) dan Naib Pengerusi (En. Mohd Rozaidy@Rojer) telah terpilih menjayakan konsert tersebut. Konsert 9 Kotak 9 Rentak mempersembahkan 9 tradisi gendang dari seluruh nusantara. Terima kasih NADI Singapura!!


          Sedutan persembahan Ghajmas di Konsert 9 Kotak 9 Rentak.


    Bersama Penasihat Ghajmas Datuk Suhaimi bin Mohd Zain (Pak Ngah).

                                                      Happening!!!

                                     Ketika soundcheck dan rehearsal.

                                       Malam persembahan 9 Kotak 9 Rentak.

                                           Suasana di pentas.

                                         Ketika bengkel pergendangan.

                       En. Rojer sedang mengajar cara bermain tabla ghazal.

                                     Kebajikan tip top dari pihak Nadi Singapura.

                                                9 Kotak 9 Rentak
JOM TONTON GHAZAL #1

Pada 11/7/2015 kami telah membuat sebuah program bertajuk Jom Tonton Ghazal #1 di Auditorium Muzium PDRM, Tasik Perdana Kuala Lumpur. Pada masa yang sama juga, Rakaman Dokumentari RTM berkenaan Ghazal Melayu Johor dijalankan.Terima kasih kepada krew-krew RTM KL. Sambutan yang diterima sangat memuaskan. Program Jom Tonton Ghazal #1 ini memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mengenali dengan lebih dekat apa itu Ghazal Melayu Johor dan seterusnya menaruh minat terhadap warisan seni muzik orang Johor yang hampir pupus ini.

Setiausaha (Azizzul Haqim) dan selaku penyanyi Ghajmas sedang ditemuramah.

Naib Pengerusi (Rojer) sedang ditemuramah.

                                            Temuramah sedang dijalankan.

                                                               Kumpulan Ghazal Ghajmas.

                                                            Kumpulan Ghazal Ghajmas.

                                                  Jom Tonton Ghazal #1.

Saturday, July 16, 2016

DENDANG RAKYAT AIDILFITRI 2015

Ini antara beberapa buah video lagu dan gambar yang Ghajmas persembahkan ketika Dendang Rakyat Aidilfitri 2016. Semoga anda semua terhibur ye!!






Thursday, July 14, 2016

RAKAMAN GHAZAL DENDANG RAKYAT RAYA 2015

Assalamualaikum semua, Pertama sekali admin memohon maaf sebanyak-banyaknya akibat tugas-tugas kerja yang berat sehingga lama tidak mengemaskini blog ini. Tetapi jangan salah sangka, sungguhpun begitu aktiviti-aktiviti Ghajmas tetap berjalan dengan lancar seperti biasa. Yeeaaahhh!!!


Baiklah! Pada 16 Mei 2015, Ghajmas telah dijemput oleh penerbit rancangan Radio Klasik (En. Rosli Derani) untuk membuat persembahan rakaman ghazal dan dondang sayang sempena Dendang Rakyat Raya Aidilfitri 2015 di Auditorium P.Ramlee Angkasapuri RTM Kuala Lumpur. Selain dari Persatuan Ghajmas ada ramai beberapa kumpulan lain juga yang turut membuat persembahan antaranya Kumpulan Dikir Barat Sunang Detaga dan Kumpulan Boria Omara. Video yang di atas ini ialah char pembukaan dan penutup yang biasa dimainkan oleh sesebuah kumpulan ghazal sewaktu memulakan dan mengakhiri persembahan.

Jom kita layan beberapa buah video lagi.